top of page

Hormati titah Sultan, isu Adendum masih urusan mahkamah - KEADILAN Pahang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 21
  • 1 min read

ree

Seramai 14 ketua cabang KEADILAN Negeri Pahang mahu UMNO agar tidak memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dalam isu adendum tambahan untuk mantan perdana menteri Najib Razak.


Mereka menegaskan, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 28 Februari tahun lalu telah menitahkan supaya perbahasan mengenai isu itu dihentikan memandangkan proses undang-undang sedang berjalan di mahkamah.


"Kami menegaskan sebarang usaha untuk membicarakan semula perkara ini termasuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan bersendirian adalah satu usaha yang membelakangkan Perlembagaan Negara.


"Ia tidak menghormati proses undang-Undang, tidak matang dan berbentuk campur tangan politik dalam pentadbiran mahkamah, sekali gus membelakangi titah Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang sendiri," tegas mereka menerusi satu kenyataan bersama.


160 Ketua Bahagian UMNO baru-baru ini mendesak perdana menteri dan kerajaan supaya segera melaksanakan titah adendum berkenaan.


Anwar dalam kenyataannya pada Jumaat lalu menyatakan bahawa beliau menghormati pandangan UMNO dan bersedia untuk berbincang dengan pimpinan UMNO mengenai perkara itu.


Bagaimanapun menurutnya, isu adendum tambahan masih berada di Mahkamah Persekutuan dan beliau menegaskan tidak akan mencampuri urusan kehakiman.

"Kami memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau akan terus berpegang kepada prinsip untuk tidak akan mencampuri urusan mahkamah.


"Kami menyeru seluruh rakyat agar menjunjung titah Tuanku Sultan Pahang demi menghormati proses mahkamah dan seterusnya memelihara keharmonian dan perpaduan negara," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page