top of page

Hormati keputusan rakyat Melaka, sikap SPR amat dikesali - Nik Nazmi



Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan BN kembali menjadi Kerajaan Negeri dihormati oleh Pakatan Harapan (PH).


Namun, bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan membenarkan kempen lebih terbuka amat dikesali.


"Saya hormati keputusan yang telah dilakukan oleh pengundi Melaka.


"Kita menghadapi pelbagai cabaran, termasuklah sikap SPR yang tidak berminat untuk membantu rakyat Melaka memilih dengan proses yang lebih telus," katanya.


Bagaimanapun, menuju PRN Sarawak dan Pilihan Raya Umum akan datang, Setiausaha Pengelola KEADILAN itu meminta satu pemikiran semula strategi secara serius dilakukan agar kekalahan mengejut seperti semalam dapat dihindari.


"Keputusan PRN kali ini bukanlah apa yang diharapkan KEADILAN. Kami mampu melakukan dengan lebih baik. Untuk bergerak ke hadapan, kita perlu melihat strategi parti secara kritikal dan jujur.


"Ada banyak keputusan dan perubahan yang perlu dilakukan sekiranya kita mahu KEADILAN terus relevan.


"Kita tidak boleh mengabaikan mesej yang dihantar oleh para pengundi Melaka. KEADILAN perlu sedia mendengar dan belajar," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page