top of page

Hormati keputusan JAIS, kuliah UAI di Kelantan, T'ganu pun pernah dibatal



Penyokong PN tidak seharusnya terus menerus menggunakan hujah kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan menzalimi pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus kerana kuliah beliau di masjid negeri itu dihalang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Bagi Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mohd Fauzi Fadzil, tuduhan liar tersebut amat tidak berasas kerana JAIS bukanlah di bawah kuasa Menteri Besar Selangor sebaliknya Sultan Selangor, dan jabatan itu menjalankan tugas mengikut arahan yang disarankan sultan.


"Sebelum ini Yang Dipertua Pas Kawasan Bangi menuduh Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk mengimarahkan masjid dan surau seperti yang pernah ‘mereka’ lakukan sebelumnya.


"Baru-baru ini kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Febuari 2023 pula dibatalkan atas arahan JAIS.


"Situasi ini mengundang cemuhan dan fitnah terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor kononnya cuba menganggu usaha dakwah," kata Fauzi dalam satu kenyataan.

Mohd Fauzi Fadzil

Faktanya menurut beliau, pembatalan kuliah ustaz Azhar bukan sahaja berlaku di Selangor malah terjadi juga di negeri yang ditadbir Pas, termasuk di Kelantan dan Terengganu.


"Pembatalan sesi kuliah UAI bukan sahaja berlaku dalam konteks Negeri Selangor, kuliah beliau sebelum ini pernah dibatalkan di Kelantan atas perintah Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada tahun 2011, dan Negeri Terengganu atas perintah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada 2018.


"Perkara ini tidak ganjil kerana kuasa membatalkan kuliah oleh pihak berkuasa agama setiap negeri termasuk Negeri Selangor adalah terpakai kepada semua pihak tanpa mengira status dan latarbelakang.


"Prof. Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Negeri Perlis juga pernah menghadapi dakwaan oleh JAIS kerana mengajar agama tanpa tauliah.


"Justeru tindakan JAIS bukanlah sesuatu yang boleh dianggap ‘terpilih’ dan cuba menganiaya usaha dakwah di Negeri Selangor," katanya lagi.


Tegas Fauzi, usraz Azhar seharusnya memohon tauliah mengajar sebagaimana peraturan yang dikenakan ke atas pendakwah lain.


Katanya, sekiranya memohon secara sah tidak mustahil ustaz Azhar memperolehi tauliah dan boleh mengajar seperti biasa


Namun amat dikesalkan apabila kuliah beliau sentiasa dilakukan secara bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan JAIS untuk semua pendakwah di Selangor.


Mengenai hanya negeri Selangor yang dijadikan isu pula, Fauzi berkata, tuduhan itu tidak adil kerana pembatalan kuliah ustaz Azhar juga pernah berlaku di negeri lain tetapi tidak dijadikan isu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page