top of page

'Hj Hadi bukan semak imbang belanjawan, sibuk cerita tukar kerajaan'



Ahli Parlimen pembangkang seharusnya memainkan peranan semak dan imbang Belanjawan Madani 2023.


Namun perbahasan Presiden Pas, Hj Hadi Awang semalam meleset daripada tujuan sebenar kewujudan pembangkang di Dewan Rakyat.


Bagi KEADILAN Cabang Kemaman, pemimpin Pas itu langsung tidak menunjukkann kualiti perbahasan sebagai pembangkang yang berwibawa apabila hanya menimbulkan isu 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan dalam sesi bahas.


"KEADILAN Kemaman menyelar ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat semalam.


Menurut Presiden Pas itu, Kerajaan sekarang tidak patut menyalahkan pihak pembangkang jika tumbang oleh kerana (kerajaan berada dalam keadaan) atap bocor dan dindingnya pecah.


"Ucapan ini jelas membuktikan Presiden Pas sebenarnya tidak layak untuk berada di Dewan Rakyat kerana ucapan ini jelas berbentuk ancaman serta provokasi terhadap Kerajaan memerintah," kata Biro Penerangan dan KEADILAN Kemaman dalam kenyataan hari ini.


Menurut kenyataan itu lagi, ruang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan seharusnya digunakan sebagai ruang menambah baik Belanjawan 2023.


Malangnya, Hj Hadi terlepas peluang mencadangkan pembaikan atau kritikan dalam dewan.


"Yang ada hanyalah tuduhan melulu dan persepsi buruk yang dicipta untuk memburukkan Kerajaan Perpaduan.


"Ini sekali lagi membuktikan bahawa pembangkang sebenarnya tidak layak untuk mentadbir negara. Mereka hanya pandai berselindung di sebalik sentimen agama dan bangsa, namun tidak ada satu hala tuju yang jelas untuk mentadbir negara dengan lebih baik," ujar kenyataan itu lagi.


1 comment

1 opmerking


aswadi.adi80
01 mrt. 2023

Bukan haji Hadi tak layak duduk dalam parlimen,tetapi pihak ph tak layak duduk dalam

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page