top of page

Hj Hadi bohong masalah kesihatan elak beri keterangan kepada polis?



Kes ucapan Presiden Pas Hj Hadi Awang yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas PAS Bakri, Muar minggu lalu seharusnya telah diambil keterangan pada Sabtu semalam.


Bagaimanaun menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, beliau dimaklumkan bahawa pihak polis menangguhkan janji temu untuk mengambil keterangan kerana alasan masalah kesihatan menimpa pemimpin utama Pas itu.


Namun Razeef tertanya tanya apabila semalam juga didakwa Hj Hadi bersama 3 Menteri Besar Pas telah melakukan kunjungan ke kediaman Tun Mahathir.


"Petang tadi (semalam) hari yang sama Hadi Awang bersama tiga Menteri Besar dari Pas serta Setiausaha Agung Pas melakukan kunjungan ke kediaman Mahathir.


"Adakah Hadi menipu pihak polis bagi mengelak dari disiasat? Tindakan Hadi jelas dilihat seolah cubaan memperbodohkan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.


Razeef berkata, contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin kanan Pas itu amat tidak wajar dan beliau berharap Hj Hadi tidak lagi menggunakan alasan sama selepas ini sekiranya polis mahu mengambil keterangannya.


Pihak polis juga, kata Razeef, perlu lebih berhati hati dengan alasan Hj Hadi selepas ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page