top of page

Hina PM di media sosial: Pihak berkuasa perlu bertindak segera



Hantaran jelik media sosial yang menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular sejak beberapa hari lalu perlu dibanteras segera oleh pihak berkuasa.


Menurut Naib Ketua KEADILAN Cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip, selain pihak polis di bawah Kementerian Dalam Negeri yang perlu menyiasat, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu bertindak segera ke atas pemilik akaun Facebook yang menggunakan pengenalan nama 'Shaiful Hj Sazali' sejak tiga hari lalu.


"Ini susulan dengan status di laman sosial Facebook beliau yang dengan jelas memfitnah dan membuat provokasi jijik berbau lucah terhadap Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Gesaan undang-undang ini juga termasuklah kepada pemilik akaun 'Fatmi Kadir' yang membuat status provokasi dan senda lucah melampau yang hampir sama dengan pemilik akaun pertama yang dinamakan tersebut.


"Didapati kedua-dua pemilik akaun itu membuat status masing-masing pada sekitar tiga dan empat hari lalu dan masih dibiarkan tular dalam media sosial, " katanya dalam satu kenyataan.



Rozan yakin kemarahan beliau mewakili kemarahan para pengguna media sosial lain dan rakyat Malaysia umumnya yang menolak status FB jelik serta tidak bermoral dalam mempersendakan teraju utama negara


Dalam perkembangan terbaharu, pemilik akaun Shaiful Hj Sazali telah meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas hantaran provokasi beliau.


"Dengan ini saya menyusun sepuluh jadi kepada semua penyokong Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia memohon kemaafan di atas ketelanjuran saya terhadap komen yang telah saya lontarkan di posting tersebut


"Saya juga memohon ampun kepada Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas ketelanjuran saya," katanya dalam satu video yang disiar akaun FB Kush Mera Nam.


Bagaimanapun, mantan ADUN Kuala Perlis, Azam Karap dalam komennya mengenai permohonan maaf itu berkata perbuatan mencerca PM sukar dimaafkan kerana kebebasan media bukanlah kebebasan untuk memfitnah.


"Ini adalah pemilik akaun FB yang sama. Konon tukar gambar profile, polis tak boleh siasat ke?


"Dia nak famous, kita bagi famous.


"PM mungkin boleh maafkan,tetapi penyokong PM belum tentu boleh maafkan. Media boleh bebas,tetapi bukan bebas memfitnah," katanya.


Beliau turut mencatat penama tersebut juga telah melakukan komen jelik sebelum ini.


Sejak kelmarin akaun FB Shaiful Hj Sazali tular kerana membandingkan susunan huruf Madani yang menjadi dasar negara ketika ini kepada susunan yang bersangkutan jenayah seksual. Hataran beliau dikecam warganet yang memperlihatkan sikap sebenar penyokong PN. .

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page