top of page

Himpunan Wanita KEADILAN di Pulau Pinang 25 September

Updated: Sep 22, 2022



Wanita KEADILan Malaysia akan mengajurkan Himpunan Wanita KEADILAN pada 25 September ini di Batu Kawan, Pulau Pinang.


Menurut Naib Ketua Wanita II June Leow Hsiad Hui, himpunan yang bertemakan "Peduli Prihatin dan Pengarusperdanaan Gender" tersebut akan diadakan dari pukul 2 hingga 5 petang dan dihadiri oleh pimpinan utama KEADILAN.


"Program ini bakal menghimpunkan wanita dari seluruh Malaysia. Himpunan bakal menghadirkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Ketua Wanita Senator Fadhlina Sidek


"Sesi townhall juga akan diadakan mengupas isu pengarusperdanaan gender dan pembinaan ekosistem selamat dalam komuniti sejahtera belia, negara dan kemiskinan multi-dimensi terhadap pemberdayaan wanita dan keluarga.


"Turut hadir dalam program ini adalah pakar pakar yang dibawa khas untuk mengupas isu wanita," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.


Naib Ketua Wanita II, Sangetha Jayakumarpula berkata, sesi townhall tersebut akan menjemut pakar tertentu dalam memberi pencerahan mengenai isu wanita dan usaha membina manifesto berhubung wanita pada Pilihan Raya Umum ke 15.


"Ini akan leading kepada perhimpunan wanita PH dalam masa terdekat, macam himpunan AWAN (Wanita Amanah) dilakukan minggu lepas dan sekarang KEADILAN pula," katanya.


Selepas himpunan tersebut, wanita KEADILAN akan menggerakkan program ceramah di seluruh negara dengan pimpinan wanita tempatan akan mengadakan program di kawasan masing masing membentuk momentum PRU 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page