top of page

Himpunan Turun Anwar: KEADILAN Cabang Tenggara buat laporan polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18
  • 1 min read

ree

KEADILAN Cabang Tenggara, Johor membuat laporan polis terhadap penganjuran himpunan 'Turun Anwar' yang dijangka diadakan pada 26 Julai ini.


Menurut Ketua Cabang Tenggara, Mohd Fakharuddin Moslim (gambar), beliau menolak penganjuran himpunan berkenaan kerana berpotensi mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat.


Katanya, gesaan Ketua Pemuda Pas Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden agar rakyat turun ke jalan raya bagi 'menurunkan' perdana menteri tidak boleh dilakukan dalam sistem demokrasi yang mempunyai kaedah sendiri dalam urusan pentadbiran kerajaan.


"Kenyataan terbuka tersebut mengisytiharkan bahawa ''Himpunan Turun Anwar'' itu akan diadakan pada 26 Julai 2025 sebagai manifestasi kononnya rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kenyataan terbuka turut mengandungi pelbagai dakwaan berat terhadap kerajaan, sistem kehakiman, penjawat awam dan institusi Parlimen yang saya lihat boleh menimbulkan keresahan awam, mengganggu keharmonian negara serta berpotensi mencetuskan kekacauan," katanya dalam laporan polis yang dibuatnya.


Sehubungan itu, Fakharuddin melihat kenyataan tersebut bersifat provokatif dan mengandungi unsur hasutan serta bimbang akan berlakunya rusuhan yang akan menggugat ketenteraman awam negara sekiraya himpunan tersebut berlangsung.


"Selain itu, tujuan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan oleh pihak PDRM mengikut peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page