top of page

Himpunan Turun Anwar hanya tindakan sia-sia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 7
  • 1 min read

ree

Penganjuran Himpunan Turun Anwar oleh pembangkang merupakan satu tindakan sia-sia yang tidak membawa sebarang nilai positif kepada pembangunan negara.


Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Abrar Sadiq (gambar) dipetik berkata tindakan terdesak penganjuran himpunan itu hanya bertujuan mencetuskan perpecahan dan menyemai kebencian dalam kalangan rakyat.


"Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas, hanya bijak meniup sentimen kemarahan tanpa membawa penyelesaian yang realistik


"Tindakan mengajak rakyat ke jalanan ini bukan sahaja membuang masa, malah tidak memberi sebarang manfaat kepada negara," katanya.


Pada Ahad, Sekretariat Himpunan Turun Anwar menganjurkan satu himpunan di kawasan parkir belakang Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam.


Menurut laporan media, himpunan bagi mengajak orang ramai membantah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar itu hanya dihadiri kira-kira 100 orang.


Sementara itu Abrar menegaskan, Pemuda Amanah Pulau Pinang tetap berdiri teguh menyokong pentadbiran Anwar dan Kerajaan Perpaduan.


Pihaknya juga akan terus melawan sebarang bentuk dakyah, fitnah jahat dan berita palsu pembangkang yang meracuni pemikiran rakyat.


"Kami tidak akan berdiam diri. Kami juga akan turun, menunjukkan solidariti dan kekuatan kami demi mempertahankan kebenaran.


"Kami berdiri mempertahankan mandat rakyat yang sah melalui proses demokrasi. Kami juga berdiri menyokong kepimpinan PMX yang komited membina semula negara serta memperjuangkan agenda reformasi pentadbiran Kerajaan Madani," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page