top of page

Himpunan “Turun Anwar 2.0”: KEADILAN Alor Gajah buat laporan polis

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 4 minutes ago
  • 1 min read
Khuzaire (memegang report) bersama pimpinan KEADILAN Alor Gajah membat laporan polis
Khuzaire (memegang report) bersama pimpinan KEADILAN Alor Gajah membat laporan polis

Parti Keadilan Rakyat Cabang Alor Gajah membuat laporan polis berhubung penyebaran hebahan penganjuran “Himpunan Turun Anwar 2.0” yang dijadual berlangsung pada 16 Mei ini di Bandar Hilir, Melaka.


Ketua Cabangnya, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, laporan tersebut dibuat sebagai langkah proaktif bagi memastikan aspek keselamatan dan keharmonian di Melaka sentiasa terpelihara.


"Laporan tersebut dibuat atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap aspek keamanan, keselamatan serta keharmonian masyarakat.


"Hebahan himpunan berkenaan didapati disebarkan secara terbuka melalui pelbagai platform media sosial sehingga tular dan mendapat perhatian umum," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, hebahan berkaitan himpunan tersebut didapati tersebar secara meluas melalui pelbagai platform media sosial sehingga menjadi tular.


KEADILAN Alor Gajah berpandangan bahawa sebarang bentuk himpunan yang bersifat provokatif serta berpotensi menghasut kebencian boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.


"Sebarang bentuk himpunan yang bersifat provokatif, menghasut kebencian serta memainkan sentimen politik melampau boleh mengundang ketegangan dan mengganggu ketenteraman awam," kata beliau.


Tambah Khuzaire, lokasi penganjuran di kawasan tumpuan pelancong seperti Bandar Hilir juga menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan dan kelancaran trafik.


"Lokasi ini terletak di kawasan tumpuan pelancong dan orang awam di Bandar Hilir dikhuatiri boleh menyebabkan gangguan keselamatan, kesesakan lalu lintas serta risiko insiden yang tidak diingini sekiranya keadaan tidak terkawal," katanya.


Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.


"Pihak berkuasa diharap dapat menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan keamanan dan kestabilan negeri serta negara terus terpelihara," kata beliau lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page