top of page

'Himpunan puaskan nafsu pembangkang, takut kempen anti rasuah PM'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 25
  • 2 min read

ree

Himpunan Turun Anwar pada esok hari tidak lebih daripada usaha untuk memuaskan nafsu pemimpin pembangkang yang benci kepada sosok tubuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan isu yang diperjuangkan tidak jelas sama sekali.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abang Zulkifli Abang Engkeh (gambar) berkata, tindakan itu juga terang terangan datang daripada pemimpin pembangkang yang ketakutan dengan kempen anti rasuah PM yang bakal mengheret mereka ke mahkamah.


"Himpunan Turun Anwar tidak membawa apa apa manfaat melainkan hanya memuaskan nafsu beberapa orang politikus yang kemaruk kuasa, dan yang sangat takut atas tindakan tegas PMX mengambil langkah drastik membenteras rasuah," kata Abang Zulkifli dalam kenyataan.


Menurut pemimpin KEADILAN Sarawak itu, pembangkang tidak mempunyai asas kukuh untuk berhimpun kerana isu yang diperjuangkan mereka seperti Akta Pembaharuan Semula Bandar (Akta PSB) dan isu pelantikan Ketua Hakim Negara telah pun berlalu.


"Jadi himpunan ini adalah usaha yang sia-sia kerana tiada alasan yang kukuh dan menyusahkan rakyat. Setakat ini rakyat pun sedar bahawa PMX sangat berkemampuan (memerintah).


"Rakyat yang bijak tidak akan mudah tertipu dengan dakyah mereka yang memfitnah dan berniat jahat. Saya yakin rakyat Sarawak yang bijak pula tidak akan terlibat, dan tidak akan menyokong tindakan yang sia sia ini," tambahnya.


Sebaliknya, Abang Zulkifli meminta rakyat mencontohi tindakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg yang menyokong iktiar PMX dan Kerajaan Madani untuk mengurangkan kos sara hidup dan sebagainya.


Biarpun, katanya, sebelum ini kedua dua pemimpin tidak pernah bekerjasama namun dengan tekad ingin membantu rakyat banyak perkara telah dilakukan.


"Saya menyanjung tinggi semangat persahabatan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Premier Sarawak kepada PMX. Kerajaan Sarawak sangat bijak kerana melalui kerjasama tersebut telah memudahkan apa apa urusan antara negeri dengan Kerajaan Persekutuan berjalan sempurna.


"Satu ketika Sarawak tergolong antara negeri termiskin, tetapi di bawah kepimpinan Abg Jo dan kerjasama beliau dengan PMX, kemajuan Sarawak amat ketara. PMX adalah satu satunya PM yang melaksanakan Perjanjian MA63 tanpa ragu ragu di samping menunaikan tahggungjawab lain yang wajar yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya.


Tegas Abang Zulkifli, daripada pemimpin pembangkang berusaha menjatuhkan batang tubuh PM Anwar adalah lebih baik mereka yang meminpin negeri mundur seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mencontohi semangat dan kebijaksanaan Primier Sarawak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page