top of page

Himpunan PN: Rakyat jangan terperangkap mainan emosi pembangkang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 19
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Himpunan ‘Turun Anwar’ anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPMM) yang dijadualkan 26 Julai ini, tidak wajar dijadikan platform untuk meniup sentimen kebencian atau memutarbelit fakta berhubung dasar kerajaan khususnya cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang digubal demi kepentingan rakyat.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kota Bharu, Wan Hafriz Wan Mahathir (gambar), polemik berterusan ini bukan sahaja mengalihkan fokus rakyat daripada isu-isu utama seperti kos sara hidup, pembangunan ekonomi, pendidikan dan reformasi institusi, malah membuka ruang kepada manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.


''Saya menyeru semua pihak khususnya golongan muda dan masyarakat agar tidak terperangkap dalam permainan persepsi semata-mata.


''Sebaliknya, masyarakat harus menilai sesuatu berpaksikan fakta dan data serta memberi ruang kepada penyelesaian yang rasional serta inklusif,'' katanya dalam satu kenyataan.


Tegas beliau lagi, Kerajaan MADANI kekal komited untuk mendengar suara rakyat dan sentiasa bersedia membuka ruang rundingan serta perbahasan secara terbuka dan konstruktif.


Justeru, katanya polemik yang bersifat memecahbelahkan wajar dihentikan serta-merta, dan semua pihak seharusnya memberi tumpuan kepada agenda besar pembinaan negara yang lebih adil, progresif dan sejahtera untuk seluruh rakyat.


Dalam semangat demokrasi yang matang, Wan Hafriz berkata pihaknya tetap menghormati hak setiap individu dan kumpulan untuk bersuara serta berhimpun secara aman, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page