top of page

Himpunan: PM ucap terima kasih pasukan keselamatan, kekal kebebasan berhimpun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 26
  • 2 min read

Pasukan keselamatan memainkan peranan utama melancarkan demo 'Turun Anwar' hari ini. Foto FB Anwar
Pasukan keselamatan memainkan peranan utama melancarkan demo 'Turun Anwar' hari ini. Foto FB Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Awar Ibhaim yang menjadi subjek utama perhimpunan 'Turun Anwar' anjuran pembangkang siang tadi mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang mengawal himpunan berkenaan sebaik baiknya dan membenarkan proses demokrasi kebebasan bersuara berjalan lancar.


"Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.


"Kepada saudara saudari yang hadir, sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh, saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi," katanya dalam muat naik di Facebook.


Sebagai Perdana Menteri, katanya, beliau kekal dan konsisten berpegang pada prinsip demokratik membenarkan kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan.


Kritikan dan perbedaan pandangan, katanya, tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Paling penting, perbezaan pendapat harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.


Beliau berkata, prinsip kebebasan bersuara yang sama juga telah diterapkan oleh pentadbirannya lewat Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen yang mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan apa sahaja soalan juga menujukan bangkangan kepada Perdana Menteri.


"Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga," katanya lagi.


Justeru, Anwar berharap peserta yang datang dari jauh berdemonstrasi siang tadi akan berkunjung lagi ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka yang kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar dapat ditingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page