Himpunan: Pejabat MB Selangor tegur tindakan tidak profesional Utusan
- Suara Keadilan

- Jul 26
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan laporan Utusan Malaysia bertajuk “Penjawat awam Selangor boleh hadir Himpunan Turun Anwar”.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Jay Jay Denis (gambar) menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa hal tersebut tidak pernah disebut oleh Datuk Seri Amirudin Shari dan dilihat taktik terdesak pihak tertentu yang ingin mencemar kredibiliti pentadbiran negeri Selangor yang sentiasa menekankan integriti serta prinsip tadbir urus baik.
"Menteri Besar menjelaskan bahawa pasukan penjawat awam sewajarnya menjaga etika, jangan melanggar batas, dan sentiasa kekal profesional selaras dengan piagam perkhidmatan awam.
"Tajuk tersebut berniat jahat, ingin menyebarkan fitnah serta memberikan gambaran silap kepada pasukan penjawat awam di Selangor," tegasnya dalam kenyataan.
Semakan malam tadi mendapati pengurusan Utusan Malaysia telah mengubah tajuk berita yang disiarkan dengan alasan untuk ketepatan dan mengelak kekeliruan.
Jay Jay sementara itu mengingatkan pengamal media bahawa budaya profesionalisme wajar menjadi pegangan warga media selaku ‘the fourth estate’.
Justeru Pejabat Menteri Besar Selangor menyeru agar media arus perdana kembali kepada asas kewartawanan sebenar – menyampaikan maklumat yang sahih, seimbang dan tidak menjadi alat propaganda politik sempit.









Comments