top of page

Himpunan peguam: Pertahan kebebasan kehakiman, henti siasatan SPRM ke atas hakim Nazlan



Himpunan "Walk for Judicial Independence" oleh ratusan peguam pagi tadi di Padang Merbok, Kuala Lumpur memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan BN - PN agar tidak mengganggu gugat kebebasan institusi kehakiman.


Salah seorang peguam yang menyuarakan bantahan adalah Sivarasa Rasiah yang kecewa apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menyiasat hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali biar pun secara undang undang siasatan tersebut perlu dilakukan oleh tribunal kehakiman.


"Isunya hari ini ialah mengenai kebebasan badan kehakiman. Kita protes tindakan siasatan SPRM ke atas hakim Nazlan.


"Kita lihat itu adalah intimidasi langsung kepada kehakiman terutama apabila semua orang tahu hakim Nazlan terlibat dalam perbicaraan berprofail tinggi melibatkan bekas PM Najib Razak


"Selepas perbicaraan penuh, Nazlan menjatuhkan hukuman bersalah kepada Najib di atas tuduhan pembersihan wang dan menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara

Sivarasa Rasiah

"Siasatan SPRM ini (oleh itu) menjurus kepada mengancam kebebasan kehakiman. Kita mahu PM, yang mana SPRM di bawah bidang kuasanya segera arahkan SPRM menghentikan siasatan dan biarkan kehakiman kekal bebas," kata Ahli Parlimen Sungai Buloh itu kepada wartawan.


Sivarasa menegaskan sebarang siasatan seharusnya melalui Ketua Hakim Negara dan tidak secara langsung dilakukan oleh agensi penguatkuasaan.


Beliau juga mengungkit apakah ertinya Memorandum Kerjasama (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan tahun lalu yang menetapkan salah satu perkara penting adalah memastikan kebebasan kehakiman.


"Pihak pembangkang telah tandatangan MoU dengan kerajaan tahun lepaa dan salah satu perkara adalah semua pihak termasuk kerajaan menjamin kebebasan kehakiman. Tetapi hari ini kita mendapati MoU ini tidak diikuti


"Kerana itu kami berhimpun hari ini. Saya mewakili peguam dan sebagai Ahli Parlimen," katanya.



Dalam pada itu, peguam hak asasi manusia terkenal Ambiga Sreenevasan ketika ditemuramah berkata, perhimpunan tersebut adalah sah di sisi undang undang dan para peguam mahukan kerajaan mendengar suara mereka berhubung pelangaran kebebasan institusi kehakiman.


"(Perhimpunan) sah di sisi undang undang. Saya percaya notis telah diberikan kepada pihak yang sepatutnya. Bagi saya kebebasan berhimpun adalah hak Perlembagaan kerana saya percaya semua langkah yang sewajarnya telah diambil untuk berhimpun dan (syarat) Akta Perhimpunan Aman telah dipenuhi.


"Hasil kepada himpunan ini, saya rasa ideanya untuk kita menyampaikan mesej, di mana kita boleh lihat ada orang yang cuba undermine kehakiman.


"Mesej yang kita tonjolkan ialah hentikannya, dan mesej ini adalah jelas, kita tidak boleh berdiam diri, seseorang perlu menyatakan mengenai kehakiman," katanya.


Bagaimanapun perhimpunan yang dirancang oleh Majlis Peguam untuk berarak ke bangunan Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Mas Ermieyatie Samsudin itu dihalang oleh pihak polis daripada meninggalkan Padang Merbok.


Selepas dua rundingan pihak polis kekal enggan memberi kebenaran berarak maka Mas Ermieyatie kelihatan turun ke lokasi menemui pada peserta himpunan bagi mengambil memorandum berkenaan.


Mas Ermieyatie berkata bahawa beliau akan menyerahkan memorandum berkenaan kepada PM Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Antara Ahli Parlimen yang meyertai himpunan anjuran Majlis Peguam

Perhimpunan tersebut bersurai pada pukul 11.30 pagi.


Protes tersebut dibuat susulan siasatan SPRM terhadap hakim Nazlan, selepas satu blog politik membuat beberapa dakwaan terhadapnya.


Mohd Nazlan, yang sebelum itu telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap bekas PM Najib Razak dalam kes rasuah RM42 juta SRC International. Beliau telah membuat laporan polis untuk menafikan dakwaan yang tersebar dalam blog tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page