top of page

Himpunan Madani Kedah 2023 jana kembali kekuatan PH



Himpunan Madani Kedah 2023 yang dianjurkan petang esok di Dataran Stargate oleh Paktan Harapan (PH) petang esok dijangka mampu meningkatkan kembali penerimaan masyarakat terhadap gabungan tersebut menjelang Pilihan Raya Negeri pada Julai ini.


Sehubungan itu, ADUN Suka Menanti yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah Datuk Zamri Yusoff menjemput semua rakyat Kedah untuk hadir beramai ramai dalam program ceramah yang diselitkan persembahan nyanyian artis tersebut.


"Saya ingin menjemput semua rakan rakan kita dari Alor Setar dan seluruh negeri Kedah untuk bersama dalam program Himpunan Madani Kedah 2023 yang akan berlangsung pada 28 April ini bermula 5 petang - 11 malam


"Pukul 5 - 7 petang kita ada pidato dalam kalangan semua lapisan masyarakat, kemudian solat Maghrib dan munajat. Lepas itu kita ada pidato pimpinan negeri, pimpinan nasional dan khusus pidato pimpinan utama negara kita Datuk Seri Anwar," katanya dalam satu klip video.


Selain mendengar pidato pemimpin dan persembanhan artis, kata Zamri, pengunjung juga boleh memenangai cabutan bertuah berupa 2 buah motorsikal Yamaha Y15 dan 3 buah Honda Wave Aplha yang disumbangkan sektor swasta.


"Kita juga ada persembahan khas artis Datuk Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza yang akan menyampaikan beberapa lagu termasuk lagu raya


"Kita juga ada hadiah yang disponsor oleh pihak korperat yang dermawan sebagai cabutan bertuah, yang kita berikan sepanjang program," katanya lagi.


Dalam pada itu, Pengarah Pelaksana Himpunan Madani Kedah 2023, Asmirul Anuar Aris pula berkata spekulasi mendakwa acara berkenaan melibatkan dana kerajaan adalah tidak benar.


Beliau yang juga ADUN Kubang Rotan berkata dana penganjuran disumbangkan oleh parti parti dalam PH sendiri.


"Memang kita mengadakan beberapa aktiviti termasuklah cabutan bertuah dan persembahan artis, namun ia tidak seharusnya dipertikaikan. Kami tidak guna duit kerajaan sebaliknya dana politik sendiri.


"Malah, seperti mana mereka (pembangkang) mendapatkan tajaan untuk aktiviti di mereka. Saya juga mencari tajaan," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page