top of page

Himpunan jalanan: Tiada sambutan menggalakkan, elok PN berbahas Parlimen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Himpunan jalanan tidak lagi boleh digunakan untuk menunjukkan kekuatan sesebuah gerakan politik sebagaimana sebelum ini.


Menurut Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat (gambar), himpunan ‘Turun Anwar’ anjuran Perikatan Nasional (PN) pada 26 Julai lalu jelas gagal mencapai matlamat apabila tidak menarik minat majoriti rakyat untuk menyertainya kerana tiada isu yang jelas diketengahkan.


Kata beliau, berbeza dengan demonstrasi sebelum ini yang membawa isu konkrit seperti tuntutan reformasi pentadbiran atau skandal kewangan, himpunan kali ini hanya bersifat retorik tanpa hala tuju meyakinkan.


"Bila kita tanya, mengapa mahu turunkan Perdana Menteri, jawapannya tidak jelas.


"Malah, tiada cadangan siapa yang layak mengganti. Ini tidak cukup kuat untuk menggerakkan rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata, majoriti yang hadir hanyalah penyokong parti politik pembangkang PN. Hal itu bukanlah gambaran sebenar suara rakyat dan keadaan itu menyebabkan kesannya hampir sifar terhadap kedudukan Perdana Menteri.


Tambah beliau, PN gagal mengemukakan kritikan berserta penyelesaian terhadap dasar kerajaan di Dewan Rakyat selain menawarkan alternatif konkrit atau kritikan misalnya dalam mengkritik dasar kerajaan, termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-17 (RMK-17).


"Mereka hanya melaungkan slogan emosi tanpa pelan tindakan jelas.


"Ruang di Parlimen terbuka luas. Pembangkang boleh bawa isu, cadangan, atau kritikan terhadap Rancangan Malaysia Ke-17, malah menyuarakan masalah rakyat secara rasmi," katanya.


Beliau menambah, dakwaan PN kononnya negara berada dalam keadaan bahaya atau tidak dihormati dunia adalah tidak tepat.


Sebaliknya, Malaysia kini terus menerima kunjungan pemimpin dunia seperti Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat, sekali gus menunjukkan keyakinan antarabangsa terhadap kepimpinan Anwar dan Kerajaan Perpaduan.


"Pelabur juga semakin ramai masuk ke Malaysia. Ini petanda negara berada di landasan betul.


"Jadi, usaha PN mengadakan himpunan tanpa agenda jelas tidak memberi kesan kepada keyakinan pelabur atau sokongan rakyat. Pelabur semakin ramai masuk ke negara ini.


"Ini tanda kita berada di landasan betul," katanya lanjut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page