Himpunan Hari Tindakan Global seru AS insaf penderitaan rakyat Palestin
- Suara Keadilan
- Jan 13, 2024
- 1 min read

Himpunan bantahan di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur sempena Hari Tindakan Global hari ini diharap menyedarkan negara adi kuasa dunia itu terhadap penderitaan rakyat Palestin dan segera mendesak sekutunya, Israel mengadakan gencatan senjata berkekalan di Gaza.
Peserta himpunan memenuhi sekitar jalan menuju Kedutaaan AS sejak pukul 11.30 pagi dan meneriakkan pelbagai slogan serta cogan kata semangat ke arah kemerdekaan Palestin.
Flashmob turut diadakan di Jalan Tun Razak yang menuju langsung ke hadapan kompleks Kedutaan AS. Flashmob bertujuan meminta pengguna jalan raya mempunyikan hon tanda sokongan.
Lebih 25 orang tokoh NGO, wakil parti politik dan pemimpin agama kemudiannya silih berganti berucap di atas pentas sementara mengutuk kekejaman Israel di Gaza yang kini telah membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin.

Wakil dari KEADILAN yang berucap adalah Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang juga Ketua Kaukus Palestin di Parlimen.
Juga Naib Presiden KEADIAN, Nurul Izzah Anwar yang menyampaikan keprihatinan anggota dan penyokong parti terhadap nasib penduduk Gaza yang serba kekurangan menempuh musim dingin di sana.
Himpunan itu juga diselitkan dengan bacaan sajak dan lakonan kekejaman tentera Israel terhadap wanita, kanak kanak dan orang awam tidak berdosa.
Comentarios