top of page

Himpunan aman Keluar Dan Lawan tuntut PM Mahiaddin letak jawatan


Kira-kira 1,000 anak muda berhimpun di Jalan Tun Perak pagi ini berhampiran Dataran Merdeka mendesak Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan.


Anak-anak muda yang berhimpun seawal jam 9.00 pagi itu membawa pelbagai sepanduk mengecam kerajaan gagal dan mendesak berundur secara terhormat.


Teriakan 'Undur, undur', 'Hidup rakyat', 'Tolak kezaliman', 'Lawan kezaliman', 'Anak muda bangkit' bergema di sepanjang Jalan Tun Perak.


Teriakan tersebut disambut bunyi hon oleh kenderaan yang bergerak di kedua-belah jalan berkenaan.


Pihak polis bagaimanapun tidak membenarkan para demonstran bergerak ke Dataran Merdeka dengan menutup jalan masuk ke hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad


Para demonstan yang tiada pilihan berarak ke arah Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


Sementara itu, helikopter polis kelihatan terbang rendah dan menyebabkan persekitanan bising serta kurang jelas teriakan para peserta tunjuk perasaan.


Demontarasi kali ini sepenuhnya dianjurkan oleh anak-anak muda tanpa kelihatan pemimpin politik berucap.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page