top of page

Peniaga burger didenda lebih banyak daripada artis: Hentikan segera SOP dua darjat - Syed Ibrahim


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta menghentikan segera amalan dua darjat dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid 19 berikutan beberapa peniaga kecil-kecilan di Kelantan didenda maksimum sedangkan terdapat golongan VIP yang terlepas.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, kerajaan PN perlu mengkaji semula pelaksanaan SOP dan kaedah mengenakan kompaun agar rakyat tidak dizalimi dalam hal-hal kepatuhan berkenaan.


"KEADILAN Johor memandang serius golongan berstatus tinggi termasuk menteri, ahli politik, usahawan, artis atau personaliti media sosial yang dilihat terkecuali dalam pematuhan SOP bagi membendung gejala Covid-19.


"Bagi kami Menteri atau Exco kerajaan negeri yang mempunyai kuasa dan terlibat secara langsung dalam penyediaan SOP ini perlulah lebih bertanggungjawab dan digesa menyemak kembali segala SOP tersebut, supaya tidak membuka ruang penganiayaan sebegini daripada terus berlaku.


"Kita tidak mahu insiden seperti yang tular, seorang peniaga burger di Kota Bahru, Kelantan dikompaun sehingga RM 50,000 kerana meniaga melebihi tempoh ditetapkan, pukul 10 malam, walaupun di hadapan rumah sendiri berlaku lagi. Sekiranya berlaku pelanggaran SOP sekalipun, kompaun sehingga RM 50,000 amat tidak masuk akal kepada rakyat marhaen yang hanya meniaga burger di hadapan rumah," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Ledang itu lagi, kerajaan juga perlu 'berhati perut' dalam membuat peraturan penguatkuasaan.


Katanya, pihak penguatkuasa harus membezakan antara syarikat besar, golongan VIP dan peniaga kecil-kecilan yang terpaksa bersusah payah mencari rezeki dalam suasana pandemik dan darurat.


"Malangnya terdapat selebriti dan keluarga dikenakan denda hanya RM60,000, manakala peniaga burger seorang dikenakan RM50,000. Ini jurang yang sangat jauh melihatkan status dan kedudukan ekonomi kedua belah pihak, yang perlukan kajian lebih mendalam dalam melaksanakan penguatkuasaan.


"Kerajaan hari ini wajar mempunyai hati nurani dan ‘empathy’ dalam melihat keperitan ekonomi rakyat dan amalan dua darjat wajar dihentikan bagi memberikan keadilan untuk semua, dalam usaha kita membendung Wabak Covid-19," katanya lagi.


Syed Ibrahim juga mempersoalkan genap 100 hari darurat dikuatkuasakan namun kes positif Covid masih berada pada paras 3,000 kes sehari.


Beliau mempersoalkan tujuan darurat yang tidak berjaya membendung Covid sebaliknya telah memerosotkan ekonomi sehingga banyak rakyat yang sensara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page