Hentikan projek mega, RMK12 perlu fokus projek skala kecil


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan supaya berhenti mengadakan projek mega, sebaliknya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) perlu memberikan fokus sepenuhnya kepada projek berskala kecil.


Beliau berpendapat, projek mega dalam RMK sebelum ini sering kali berakhir dengan kegagalan.


"Saya dalam PAC, saya tahu kita hilang dan rugi RM3 bilion hasil projek Bestarinet, ribuan tak dapat Internet, saya rasa kita kena membumikan projek mega, laksanakan projek skala kecil bagi anak penggunaan Internet, kalau di Kenya boleh buat di Malaysia boleh buat tetapi kita perlu political will dan laksanakan secepat mungkin.


"Saya tak mahu anak Permatang Pauh lebih 20,000 kena tunggu sampai 2022. Mereka dah hilang puluhan minggu alam persekolahan, jadi perlu pelaburan skala kecil dilakukan dan saya harap inilah Keluarga Malaysia yang diperjuangkan dalam RMK12," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.


Dalam pada itu, Nurul Izzah juga berharap RMK12 mengambil kira perspektif gender.


"Semenjak Covid-19, melalui kajian yang dibuat, ketua isi rumah wanita tanggung beban dan ketidakadilan struktur mereka terdedah kepada kerapuhan sistem dari segi kewangan, kesihatan, mobiliti sosial, RMK12 harus ambil kira perspektif gender dan kalau boleh penyediaan ekosistem khusus fokus keperluan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER