top of page

Hentikan pendakwaan bermotif politik ke atas rakyat Mesir


Keputusan mahkamah Mesir yang mengekalkan hukuman mati ke atas 12 orang aktivis yang terlibat dengan demonstrasi duduk bantah di dataran Rabi‘at al-Adawiyyah pada 2013 amat dikesalkan.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tunjuk perasaan yang dibubarkan secara kejam sehingga mengakibatkan seribu kematian sehari itu harus diimbangi keputusan yang adil sedekad selepasnya.


"Ini merupakan satu episod zalim daripada siri kebobrokan sistem kehakiman Mesir yang berusaha keras untuk menamatkan riwayat para pendukung keadilan dan demokrasi.


"Mesir juga perlu segera berhenti menjatuhkan hukuman mati secara bermudah-mudah ke atas rakyatnya. Kekerapan hukuman mati telah meningkat secara mendadak sejak tahun 2014, dengan tahun ini sahaja menyaksikan 51 orang telah ke tali gantung.


"Ingatlah firman Allah Taala dalam surah al-Ma’idah ayat ke-32 yang bermaksud:


“Barangsiapa membunuh seorang manusia, bukan kerana dia membunuh manusia lain, dan bukan juga kerana melakukan kemusnahan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh segenap manusia”," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap para aktivis berkenaan akan diberi pengampunan negara dalam peringkat rayuan seterusnya demi Mesir yang lebih demokratik.


"Saya menggesa agar dipertimbangkan dengan saksama pengampunan buat mereka kerana ia lebih hampir kepada lunas keadilan dan ihsan.


"Saya menyeru agar Mesir membuka lebih ruang buat rakyat dan badan agama penting seperti al-Azhar al-Sharif dalam menyuarakan pandangan mereka demi mewujudkan tatakelola negara yang lebih inklusif dan berkesan," katanya lagi.


Bagaimanapun, Anwar tidak menafikan sisi mulia rejim as Sisi dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin.


Beliau mengharapkan usaha tersebut dapat diteruskan termasuk langkah reformasi dalam negara.


0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page