Hentikan kezaliman, jangan ganggu Sumud Flotilla - PM
- Suara Keadilan

- Sep 16
- 1 min read

Malaysia menegaskan pendirian teguhnya bersama masyarakat antarabangsa dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang terus berdepan kekejaman rejim Israel.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berdiri utuh menghadapi tindakan biadab Israel yang kini menjalar ke negara-negara Arab dan kawasan sekitarnya.
"Mesej kita jelas, hentikan kezaliman, permudahkan kemasukan bantuan dan jangan ganggu Sumud Flotilla," tegas beliau dalam hantaran di media sosialnya.
Global Sumud Flotilla merupakan misi antarabangsa yang bertujuan memecah sekatan Israel ke atas Gaza dan menghantar bantuan kemanusiaan.
Flotilla berkenaan merangkumi lebih 50 kapal dengan penyertaan lebih 800 aktivis dari 44 negara, termasuk tokoh hak asasi manusia, doktor dan sukarelawan kemanusiaan.
Matlamat utama flotilla ini adalah membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan asas lain untuk penduduk Palestin, khususnya di Gaza, yang berdepan sekatan ketat rejim Israel sejak lebih satu dekad lalu.
Aktivis Kemanusiaan, Nadir Al-Nuri Kamaruzaman minggu lalu mendedahkan, Anwar Ibrahim adalah patron (penaung) untuk misi Sumud Nusantara atau kepulauan Melayu.
Anwar juga jelasnya telah mengumumkan pakej bernilai RM24 juta untuk Palestin daripada Malaysia.









Comments