top of page

Hentikan keganasan terhadap wanita, 'Warnai Dunia Ini Oren'



Wanita KEADILAN menganjurkan rakyat Malaysia agar menyertai kempen “Orange the World” (Warnai Dunia Ini Oren) yang dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bermula 25 November hingga 10 Disember ini dengan tujuan meningkatkan kesedaran berkenaan “Gender-based Violence” atau keganasan berdasarkan gender.


Menurut satu kenyataan, Wanita KEADILAN yang bermesyuarat secara maya semalam mengambil berat berkenaan peningkatan keganasan terhadap golongan itu, terutama dalam suasana kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


"Keganasan terhadap wanita hari ini sangat meluas, malah hampir setiap hari dilaporkan di media massa pelanggaran dalam bentuk fizikal, seksual dan mental. Pandemik covid 19 dan perlaksanaan PKP telah memberi kesan yang tinggi terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia. Malangnya, keganasan, penceraian dan aktiviti yang melanggar hak wanita turut meningkat dalam masyarakat hari ini. 

 

"Untuk menunjukkan solidariti kami dalam usaha-usaha menghentikan keganasan terhadap wanita dan mengembalikan hak mereka, ahli-ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat telah memakai warna oren dalam mesyuarat kami melalui ZOOM.

 

"Mesyuarat ini disertai oleh pimpinan tertinggi sayap Wanita dan juga Ketua-Ketua Wanita KEADILAN setiap negeri. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Fuziah Salleh, selaku Ketua Wanita KEADILAN, telah menegaskan bahawa pimpinan wanita mestilah peka dan mendalami isu-isu berkaitan hak wanita dan kebajikan mereka.


"Beliau juga menekankan pentingnya peranan dan penglibatan wanita dalam setiap peringkat kepimpinan, termasuk Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, supaya dapat membawa perubahan," tulis kenyataan itu.


Oleh itu, Wanita KEADILAN berharap agar kempen Warnai Dunia Ini Oren akan memberi lebih kesedaran dalam merealisasikan hak-hak terhadap wanita dan keharmonian dalam institusi keluarga.


"Keganasan dan diskriminasi yang berlaku terhadap wanita merupakan masalah besar dalam mencapai kesaksamaan dan keharmonian dalam institusi keluarga dan juga masyarakat.


"Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN berharap kempen selama 16 hari ini dapat meningkatkan kesedaran akan pentingnya membela wanita dan menegakkan hak mereka dan kesedaran bahawa ini adalah tanggungjawab kita semua.

 

"Marilah sama-sama mewarnai dunia ini warna oren!" kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page