Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya menghentikan campur tangan politik terutamanya dalam memgagihkan bantuan bakul makanan di setiap kawasan Parlimen.
Pada sesi penggulungan menteri di Parlimen, Izzah mendedahkan bahawa campur tangan itu boleh dilihat menerusi arahan-arahan tertentu di kawasan Parlimen.
"Ada surat dari Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman yang mengarahkan supaya bakul makanan diberikan kepada wakil-wakil tertentu dalam Parlimen dan ia diputuskan oleh pihak kerajaan persekutuan.
"Semua Ahli Parlimen nak teruskan kerja yang baik membantu penduduk di kawasan masing-masing tetapi kerajaan perlu memastikan supaya punca kuasa berpusat dalam tangan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakata serta tidak ada campur tangan untuk menggagalkan usaha menghantar bakul makanan dalam tempoh yang diperlukan," katanya di Dewan Rakyat.
Izzah yang juga Jurucakap Parlimen KEADILAN untuk Kementerian Wanita mahu kementerian itu tidak dijadikan medan meraih sokongan dalam politik.
"Kalau dulu kerjasama agak jelas tapi kita tidak mahu penyerahan bantuan sampai nanti, masih ada yang tertinggal.
"Tidak boleh ada kementerian lain mengggangu gugat urusan Kementerian Wanita lebih-lebih lagi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Saya harap pegawai kementerian tidak canggung nak bekerjasama dengan mana-mana ahli parlimen," katanya.
Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip yang juga Pembantu Jurucakap Parlimen KEADILAN turut membangkitkan isu campur tangan politik dalam bantuan bakul makanan yang juga berlaku di kawasannya.
"Timbalan Menteri Sumber Manusia berjanji akan memberikan kepada pihak Parlimen namun apabila diberikan, bantuan bakul makanan itu diberikan kepada ahli-ahli politik dalam kawasan Parlimen itu.
"Kami berlapang dada kerana apa yang penting bantuan itu sampai kepada penerima yang layak. Sebab itu kita hanya bangkitkan soal pelaksanaan," katanya.
Comments