top of page

Henti 'tebuk atap': Pembangkang terimalah tugas semak - imbang



Oleh: Abdullah Zaid


Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tidak mahu melayan mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat Kerajaan Perpaduan memberi tamparan hebat kepada pihak pembangkang PN yang pada awal 2024 melipatgandakan serangan untuk menukar kerajaan.


Menerusi ucapan sulung di Dewan Rakyat semalam, baginda selaku Ketua Negara menitahkan bahawa semua pihak harus menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.


Susulan titah itu, Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, blok Pas dan Bersatu selepas ini perlu bermuhasabah diri memandangkan sepanjang pentadbiran Madani banyak siri pintu belakang yang cuba dilakukan tetapi gagal.


"Teguran Agong menyampaikan dalam titahnya supaya pihak (yang mahu) menebuk atap ini cermin diri daripada melakukan apa-apa muslihat jahat yang cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan perlu diambil serius," katanya kepada Suara Keadilan.


Malah menurut Onn, titah baginda yang mahu Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang berganding bahu memikul beban tanggungjawab bersama perlu disahut oleh pemimpin PN.


"Apa yang disampaikan oleh Sultan Ibrahim amat jelas, baginda tidak mahu lagi permainan politik terus terjadi.


"Baginda sebaliknya menyeru kita semua menumpukan usaha membangunkan negara dan perbaiki ekonomi, saranan itu perlu dihadami pihak pembangkang untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan," ujarnya.


Justeru, pemimpin KEADILAN itu yakin mandat yang disampaikan oleh Ketua Negara sekiranya dapat dipenuhi mampu menyelesaikan banyak isu.


"Saya amat yakin jika pembangkang menjalankan tugasnya dengan baik dan memberi nilai tambah kepada kerajaan banyak isu-isu yang mampu diselesaikan secara bersama.


"Ia sudah tentu akan membawa negara ke satu landasan setara dengan negara maju yang lain," ujarnya lagi.


Ucapan Titah Diraja merupakan ucapan sulung baginda setelah ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 sejak 31 Januari lalu.


Semalam Seri Paduka bertitah menyokong langkah dan dasar kerajaan termasuk pemberian subsidi bersasar yang diyakini mampu mengurangkan beban hutang negara.


Sementara itu, berdasarkan takwim di sesawang Parlimen Malaysia, Me­syuarat Pertama Dewan Rakyat akan berlangsung selama 19 hari sehingga 27 Mac ini.


Mesyuarat Kedua pula dari 28 Jun hingga 18 Julai (15 hari), manakala Mesyua­rat Ketiga dari 7 Oktober hingga 5 Disember (35 hari).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page