top of page

Henti sebar video insiden helikopter terhempas di Lumut - MCMC



Kejadian helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini tidak wajar dikongsi atau disebar di media sosial.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dalam perbuatan menyebarkan gambar gambar nahas terbabit.


"MCMC menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga mangsa insiden dua helikopter terhempas dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.


"Sebagai badan berkanun yang mengawal selia penggunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian, MCMC ingin memaklumkan orang awam bahawa penghantaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri mengancam, menyakitkan hati atau mengganggu orang lain, adalah satu perbuatan yang dilarang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998)," kata kenyataan MCMC.


Oleh itu, MCMC menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden tersebut bagi mengelakkan sebarang kesalahan di bawah AKM 1998.


MCMC juga dalam kenyataan menasihatkan mana-mana pihak yang telah memuat naik video melibatkan insiden berkenaan agar memadamkannya.


"Pengguna Internet perlu lebih sensitif dan menghormati keluarga mangsa yang ketika ini sedang bersedih di atas kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka," kata kenyataan itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page