top of page

Henti sebar fitnah 54 ribu warga China dapat IC - Fahmi



Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil menggesa orang ramai menghentikan fitnah kononnya Kerajaan Perpaduan akan memberi status kewarganegaraan kepada puluhan ribu rakyat China.


"Sebelum ini, ada pihak yang menuduh kononnya Kerajaan Perpaduan akan memberi status warganegara kepada 54,000 rakyat China. Sebenarnya angka 54,000 yang disebut-sebut itu adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima.

"Itupun (jumlah permohonan diterima) bukan untuk 2023. Ia adalah angka keseluruhan permohonan dari 2017 hingga 2022. Jadi, berapa sebenarnya yang diluluskan?


"Berdasarkan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hanya 45 warga China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dari 2017 hingga kini.


"Itupun hanya setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntukkan mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964," katanya dalam video ringkas dimuat naik melalui TikTok, malam tadi.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menggesa orang ramai tidak mudah terpedaya dengan fitnah memburukkan kerajaan, dan mereka disarankan membuat semakan kepada perkara yang tular di media sosial.


Terdahulu, Menteri Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail menyangkal dakwaan konon kementerian diterajuinya sedang dalam proses memberi kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing, terutama dari China.


Beliau menyifatkan perkara terbabit sebagai tohmahan dahsyat dilontarkan tanpa rasa tanggungjawab, yang memberi kesan kepada usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.


Saifuddin Nasution berkata, lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan diterima pihaknya dan daripada jumlah itu sebanyak 9,000 sudah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.


Justeru, katanya, jika data berkaitan pemberian kewarganegaraan itu diputarbelit dan disebarkan, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap usaha kementeriannya menyelesaikan isu kewarganegaraan, termasuk yang banyak disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan.


Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara dilapor menafikan dakwaan bahawa kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia untuk menjadi 'pengundi DAP.'

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page