top of page

Henti polemik rebut kuasa, ganti PM - KARESMA



Polemik dan usaha ingin menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihentikan segera kerana hanya akan menimbulkan suasana tidak kondusif kepada negara.


Menurut Pengerusi Kelab Rakan Media Siasah Madani (KARESMA), Edy Noor Reduan, gerakan yang disusun setakat ini dilihat tidak lebih daripada percubaan untuk melemahkan semangat penyokong Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.


Sedangkan, katanya, di pihak pembangkang sendiri tidak ada pihak yang berani melanggar titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang tidak mahu sejarah 3 Perdana Menteri dalam sepenggal berulang.

Edy Noor Reduan

"Polemik merampas Putrajaya ini juga telah mengundang Titah DYMM Sultan Johor yang mahukan kestabilan politik dan kemakmuran negara menjadi keutamaan.


"Pihak yang terdesak kemaruk kuasa ini cuba bermain nombor untuk mendorong sokongan tambahan mencukupkan jumlah.


"Hakikatnya jumlah tidak pernah cukup apabila pembentukkan kerajaan pasca PRU15 harus melibatkan blok parti politik ekoran Akta Lompat Parti," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Edy Noor turut mengingatkan cubaan untuk menumbangkan kerajaan secara tidak demokratik seharusnya dikekang dengan undang undang kerana boleh diibaratkan derhaka kepada titah Agong.


"Cubaan-cubaan yang akhirnya temui kegagalan ini hanya secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap kestabilan ekonomi yang ketika ini sedang dipulihkan secara bersungguh oleh kabinet Kerajaan Perpaduan.


"KARESMA mendesak semua pihak hentikan segera kegilaan merebut kuasa. PRU15 telah pun berlalu, tunggulah hingga ianya dibubar dalam 5 tahun lagi," katanya.


Tegas Edy Noor, waktu ini adalah masa untuk pemimpin membuat kerja demi tanah air, semua pihak harus memainkan peranan sewajarnya dalam usaha membawa kegemilangan Malaysia Madani.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page