top of page

Henti ketegangan, KEADILAN perlu bergerak ke hadapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 3
  • 1 min read

Updated: Jun 3



Oleh: Azuan Ab Rahman


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail menggesa semua ahli dan pemimpin parti agar menghentikan ketegangan dalaman susulan pemilihan parti yang lalu.


Mantan Ahli Dewan Negara itu menegaskan, ketika ini kekuatan perlu digembleng untuk memperkukuh parti agar dapat terus memperjuangkan agenda rakyat.


"Saya kira buat masa ini cukuplah untuk kita lalui fasa ini, daripada berterusan mengheret rakyat kepada isu dalaman parti ini sendiri.


"Kita harus kembali fokus, sesuai dengan janji dan saranan agar KEADILAN terus bekerja dan melakukan islah serta pembinaan kekuatan parti secara kolektif dalam kebersamaan," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu Siti Aishah mengingatkan agar tiada pihak terus bermain dengan emosi dan sentimen dalaman sehingga mengalihkan tumpuan daripada tanggungjawab utama kepada rakyat.


Sebagai mengulas keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli yang tidak menerima sebarang jawatan lantikan dalam parti selepas tewas dalam pemilihan baru-baru ini beliau berkata, setiap pemimpin mempunyai hak menyatakan pendirian masing-masing.


Namun dalam masa sama semua pihak harus berlaku adil kepada keseluruhan kepimpinan dengan tidak mengheret rakyat dalam isu dalaman parti.


"Cukuplah dengan permainan emosi, melangkah-lah ke hadapan dengan semangat baharu.


"Sekarang ialah masa untuk rakyat. Parti ini mesti digerakkan oleh kerja, bukan semata-mata persepsi," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page