top of page

Henti keluar kenyataan kelirukan masyarakat - Fahmi



Ahli politik pembangkang diingatkan agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat, tegas Menteri Komunikasi dan Digital.


Beliau berkata dakwaan pihak tertentu kononnya sekumpulan Ahli Parlimen dari kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) hanyalah spekulasi semata-mata.


“Kalau kita lihat dari awal sampai sekarang, tiap-tiap bulan ada cerita baharu dan bagi saya ini adalah perkara yang sentiasa akan disebut-sebut, mungkin daripada pihak pembangkang kerana ada dalam kalangan mereka yang menyebut perkara itu adalah daripada parti berkenaan dan mereka sekarang dalam keadaan panik,” kata Fahmi Fadzil dipetik selepas menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di Sepang pada Sabtu.


Beliau diminta mengulas laporan sebuah portal yang menyiarkan kenyataan seorang ahli politik pembangkang bahawa 10 Ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan baharu.


Laporan tersebut menyebut spekulasi lebih 10 penyokong kerajaan bakal beralih sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan baharu sebenarnya adalah lebih kuat dan realistik berbanding ura-ura tambahan ahli Parlimen PN bakal berpaling tadah daripada blok pembangkang itu.


Sebelum ini laporan menyebut Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin dikatakan mengalami krisis kepercayaan sehingga membuatkan beberapa ahli Parlimen pembangkang bertindak menyokong secara terbuka kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Peralihan sokongan wakil rakyat pembangkang kepada Anwar terjadi selepas kegagalan kepimpinan PN berunding dengan pihak kerajaan bagi membolehkan peruntukan ahli Parlimen disalurkan kepada mereka.


Penguatkuasaan Akta Anti Lompat Parti sejak Oktober tahun lalu melarang wakil rakyat bertukar parti tetapi ia tidak menjejaskan kedudukan Ahli Parlimen pembangkang apabila menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri.


Laporan akhbar Cina, Sinchew Daily baru-baru ini pula menyebut seramai empat hingga lima Ahli Parlimen dari Bersatu dilapor akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.


Wakil rakyat tersebut dikatakan dari Kedah, Perak dan Terengganu.


Terbaru, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa lepas.


Kenyataan itu menjadikan beliau Ahli Parlimen Bersatu kelima yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.


Empat wakil rakyat Bersatu lain yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page