top of page

Henti fitnah sodomi, fokus pulih ekonomi


Tindakan sesetengah pihak yang masih mahu memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat seolah-olah sudah kehabisan modal.


Malah, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq mempersoalkan niat sebenar pihak berkuasa memanggil Anwar ke Bukit Aman semalam.


Keterangan polis itu juga berlaku beberapa hari selepas Anwar bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan ahli parlimen terhadapnya.


"Apa yang menimbulkan persoalan adalah, mengapa isu sodomi juga dilibatkan sekaligus dalam satu siasatan?


"Sebagai warganegara, kita menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan negara dan kedaulatan undang-undang. Justeru, adalah wajar untuk rakyat mempersoalkan keperluan mengheret fitnah sodomi ketika ini," katanya dalam kenyataan.


Fadhlina juga menggesa kepada semua pihak supaya menghentikan perbuatan fitnah tersebut kerana ia tidak akan membantu memulihkan ekonomi negara.


Katanya, negara masih bertarung dengan musuh yang tak terlihat seperti wabak Covid-19, dengan rakyat bergelut untuk keluar dari kegelapan kancah ekonomi.


"Saya menyeru agar kita tidak membenakkan lagi rakyat dengan fitnah sodomi yang memberi implikasi negatif, bukan hanya kepada individu tetapi masyarakat secara keseluruhan. Harus berapa banyak kebejatan sosial dan istilah jijik yang dipamerkan hanya kerana ingin terus kekal di tampuk kuasa?


"Saya menyeru agar kita tidak membenarkan lagi rakyat dengan fitnah sodomi, tuduhan liar dan terjebak dengan jenayah qazaf yg implikasinya bukan sahaja kepada maruah individu tetapi masyarakat secara keseluruhan.


"Berhujahlah dengan matang dalam ruang demokrasi yang ada. Fokus untuk merawat sara hidup dan ekonomi rakyat. Bukan meraih perhatian melalui fitnah sodomi akibat kegagalan memimpin negara," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page