top of page

Hayati nikmat kemerdekaan, nilai perpaduan antara kaum


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bertemakan “Malaysia Prihatin” bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan negeri.


Beliau berkata, seluruh rakyat, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-sama berganding bahu berdepan dengan cabaran serta ujian wabak Covid-19.


"Sebagai rakyat yang merdeka, kita seharusnya menghayati nikmat kemerdekaan yang dicapai, nilai persaudaraan dan perpaduan antara kaum serta kesejahteraan yang ada ketika ini. Nikmat bersama amatlah penting untuk disyukuri setiap masa," katanya.


Pada masa sama, Aminuddin juga meminta rakyat supaya menghayati peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.


"Antara detik penting yang terpahat dalam sejarah adalah doa yang dibacakan oleh Almarhum Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Muhammad Said, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Pertama.


"Doa tersebut khas untuk para pemimpin agar dikurniakan keharmonian serta kesejahteraan berpanjangan.


"Sehubungan itu, sempena menyambut kemerdekaan ke 64 tahun ini, ayuh kita sama-sama berazam untuk menjadi negeri dan negara harmoni, sejahtera, muafakat, bersatu padu dan maju," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page