Hasut pecah belah: Elok Kerajaan Keluarga Malaysia pecat Hadi Awang



Ucapan dan tulisan Presiden Pas Hj Hadi Awang kebelakangan ini telah sampai ke tahap memecah belah antara kaum dan keharmonian masyarakat


Oleh itu, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mencadangkan beliau dipecat daripada sebarang jawatan yang disandangnya oleh kerajaan Keluarga Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Ismail sabri Yaakob.


"Malaysia hanya boleh maju dengan perpaduan kaum. Tetapi malangnya sehari sebelum hari Malaysia, seorang Duta Khas bertaraf Menteri cuba pecah belah rakyat Malaysia.


"Ini bukan kali pertama Hadi cuba memecah belahkan masyarakat majmuk Malaysia. Dua minggu lalu beliau menuduh orang bukan Islam punca rasuah berleluasa.


"Hari ini beliau menuduh pemimpin PH yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) 15 sebagai tidak beriman dan tidak bermoral," kata Sim dalam satu kenyataan.


Menurut Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Pusat itu, kenyataan Hj Hadi jelas menangguk di air yang keruh demi kepentingan politik sempit Pas.


Katanya, kenyataan Hadi juga bertentangan dengan semangat bersatu padu Hari Malaysia yang diraikan saban tahun.


"Dalam hal ini Perdana Menteri harus menetapkan pendirian yang jelas adakah PM sendiri bersetuju dengan kenyataan beliau.


"Hadi adalah duta khas Malaysia yang bertaraf Menteri


"Kenyataan Hadi akan menjejaskan imej kerajaan Keluarga Malaysia dan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.


"Secara ringkas, Hadi sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan @IsmailSabri60," katanya lagi.


Justeru beliau mengesa PM bersikap lebih tegas kali ini dengan memecat Hadi Awang sebagai duta khas pada hari Malaysia.


Hal itu, katanya akan menyelamatkan imej kerajaan Keluarga Malaysia yang semakin tercemar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER