top of page

Hasil menteri turun padang pembaikan besar besaran LRT, monorel akan dilakukan



Tinjauan secara turun padang berhimpit himpit Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook kelmarin membuahkan hasil hari ini.


Beliau yang melakukan sidang media di Kementerian Pengangkutan pagi tadi menerangkan pembaikan besar besaran akan dilakukan ke atas kerosakan yang dialami perkhidmatan LRT dan monorel di lembah Kelang.


"Berkenaan perkhidmatan LRT Kelana Jaya line. Ini laluan paling sibuk kerana laluan LRT dan MRT di Lembah Kelang.


"Secara purata setiap hari ada 200,000 penumpang gunakan line ini. Itu sebabnya saya ambil perkhidmatan LRT Kelana Jaya itu untuk melihat sendiri pada waktu puncak


"Memang pada sebelah pagi dan petang kesesakan berat. Kapasiti tren lebih daripada yang sepatutnya.


"Pada ketika ini ada 38 set tren beroperasi pada Kelana Jaya line. Kekerapan dalam 5 minit setiap tren. Itu sesuatu tidak memuaskan. Kita mahu secara optima kekerapan 3 minit satu tren


"Itu adalah sasaran kita. Untuk kita mencapai 3 minit kita perlukan 48 set. Ada 18 set sedang jalankan pelbagai program senggaraan. Keseluruhan ada 56 set yang boleh beroperasi," katanya.


Selain itu, beliau juga mengumumkan kekerapan 3 minit tren akan dicapai pada 2023 apabila 50 set tren dijangka siap proses senggaraan pada suku ketiga tahun hadapan.


Loke juga mengumumkan Prasarana telah membeli 19 unit, 4 keretapi. Set pertama akan beroperasi menjelang Ogos 2023.


Berkenaan kemudahan di stesen LRT yang tidak memuaskan pula, Loke berkata, lif dan tangga bergerak akan diperbaiki secara menyeluruh pada tahun hadapan dan akan memudahkan golongan tua serta OKU menggunakan perkhidmatan tersebut.


"Ramai merungut kemudahan di stesen LRT tidak memuaskan. Ada 16 lif di stesen monorel tidak berfungsi. Ini agak menyukarkan OKU. Apa yang dilaksanakan proses pemilihan sedang dilakukan dan kontrak akan diberikan pada Februari 2023 untuk gantikan semua lif di stesen monorel. Buat masa sekarang semua petugas dan polis bantuan diarah memberi bantuan kepada penumpang OKU.


"Bangi tangga bergerak ada banyak kerosakan dilihat. Dari audit, setakat Disember ada 46 dari 706 tangga begerak rosak. Kita telah mengambil tindakan menempah 192 unit handrail dan 22 unit step chain bagi membaik pulih 46 daripada 706 eskalator ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page