Hari Merdeka: Henti diskriminasi anak lahir di luar negara, bapa bukan warganegara

Updated: Aug 30




Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini tidak memberi makna kepada anak anak yang lahir di luar negara berbapa warganegara asing.


Bagi Wanita Pakatan Harapan (PH), ulang tahun Hari Merdeka dan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun perlu dinikmati oleh para anak tanpa kewarganegaraan yang sepatutnya telah menjadi hak mereka, tetapi dinafikan oleh kerajaan BN - PN yang tidak prihatin.


"Nikmat sebenar kemerdekaan ini tidak dapat dirasakan bersama oleh ibu-ibu warga Malaysia apabila anak-anak mereka yang lahir di luar negara kekal dinafikan hak kewarganegaraan, berbeza dengan anak-anak kepada ayah warga Malaysia yang lahir di luar negara.


"Sejak awal dan sehingga ke hari ini, kami Wanita PH memandang hal ini sebagai satu diskriminasi yang sama sekali tidak boleh diterima walau atas alasan apa sekalipun.


"Ia satu penghinaan ke atas wanita-wanita Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kerana di satu sisi ia jelas meletakkan wanita negara ini berada pada kelas kedua.


"Sesuatu yang sangat malang bilamana selepas 65 tahun negara merdeka, ibu-ibu warga Malaysia masih diberi layanan sepertimana lebih 100 tahun dahulu yang mana wanita-wanita dunia terpaksa bergelut mendapatkan hak yang sama dengan kaum lelaki," kata kenyataan bersama Ketua Wanita Parti AMANAH Negara, Aiman Athirah Sabu, Ketua Wanita DAP Chong Eng dan Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Siddiq Sidek.


Menurut mereka lagi, usaha ibu-ibu warga Malaysia untuk terus berjuang mendapatkan hak wanita di peringkat Mahkamah Persekutuan amat dihargai.


Walau bagaimanapun mereka percaya pindaan Perlembagaan adalah suatu langkah penyelesaian yang lebih wajar dan perlu diberi fokus serta keutamaan.


Kata mereka, kerajaan sewajarnya telah mengambil langkah lebih awal menyelesaikan apa sahaja persoalan, tantangan samada daripada sudut sistemik, SOP dan peraturan hatta perlembangan, jika benar-benar wujud sesuatu yang perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memberi jaminan keadilan kepada ibu-ibu warga Malaysia.


"Bukan sebaliknya mengulangi ratiban yang sama sambil  berharap ibu-ibu ini terus akur dan pasrah dari tahun ke tahun, sementelah angka anak-anak ibu warga Malaysia terus meningkat dan kerajaan bertindak seolah-olah nasib, masa depan dan kebajikan anak-anak ini boleh dikompromikan


"Kami menggesa Perdana Menteri kerajaan Keluarga Malaysia yang sedang menerajui negara pada hari ini untuk segera membawa usul pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara ini ke dalam sidang Parlimen yang akan akan datang iaitu pada bulan Oktober 2022," kata mereka.


Oleh itu, Wanita PH, kata kenyataan itu akan terus bersama dan menyatakan solidariti sepenuhnya kepada ibu-ibu yang masih berjuang menghadapi sistem dan undang-undang seksis di Malaysia.


"Kami berikrar akan meminda Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan perkataan “ibu” agar tiada lagi diskriminasi di antara ayah dan ibu berhubung perkara kewarganegaraan ini, sekaligus menjadikannya antara yang utama dan penting dalam Manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum15," kata kenyataan itu lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER