top of page

Hari Malaysia dirai meriah di Kg Perpaduan Rumah Panjang Kudat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 18
  • 1 min read

Hari Malaysia: Stefly Said (berbaju putih) bersama masyarakat di Kampung Perpaduan Rumah Panjang Kudat
Hari Malaysia: Stefly Said (berbaju putih) bersama masyarakat di Kampung Perpaduan Rumah Panjang Kudat

Oleh: Shaiful Annuar S


Sambutan Hari Malaysia di Kampung Perpaduan Rumah Panjang Kudat, Sabah berlangsung meriah dengan kehadiran Ketua Cabang KEADILAN Kudat, Stefly Said, yang diberi penghormatan merasmikan majlis tersebut.


Acara anjuran Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Perpaduan Rumah Panjang Kudat itu dipengerusikan oleh Norlinah Motimpi, dan berjaya menarik penyertaan penduduk setempat yang hadir untuk meraikan hari penuh makna itu baru baru ini.


Dalam ucapan perasmiannya, Stefly menekankan pentingnya Hari Malaysia sebagai simbolik penyatuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.


"Hari Malaysia bukan sahaja simbolik kepada penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tetapi juga lambang kepada semangat perpaduan, keharmonian, serta semangat muafakat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.


"Semangat Hari Malaysia perlu terus diperkukuhkan dengan melibatkan masyarakat di semua peringkat, khususnya generasi muda, agar mereka memahami sejarah dan menghargai erti sebenar kemerdekaan dan perpaduan," katanya.


Majlis diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan sambut tamu tarian Igal-igal dan Mongigol oleh wakil kanak-kanak kampung, pertandingan busana merdeka, nyanyian lagu patriotik, serta jamuan rakyat yang menampilkan hidangan tradisi masyarakat setempat.


Sambutan itu turut menjadi platform memperkukuh silaturahim antara penduduk kampung, selain mengukuhkan peranan KRT sebagai wadah kebersamaan komuniti.


Selepas acara perasmian, Stefly meneruskan jelajah lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan DUN Tanjung Kapor, termasuk di PDM Limau-limauan dan PDM Milau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page