Hari Malaysia: Cabaran masih banyak, bersatu padu wujudkan negara lebih baik



Hari Malaysia perlu dijadikan hari pemersatuan cita cita rakyat untuk menjadikan negara lebih baik daripada sebelumnya.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagaimana tokoh tokoh terdahulu yang mewujudkan negara Malaysia, rakyat hari ini sebagai generasi penerus masih menghadapi pelbagai cabaran untuk menyaksikan negara makmur dan diperintah oleh sebuah kerajaan yang cemerlang serta berkebajikan.


"Ikhtiar ke arah cita-cita tersebut masih lagi relevan sehingga ke hari ini. Jurang kemiskinan antara yang paling kaya dan yang miskin masih luas dan begitu juga kesenjangan pembangunan di antara bandar dan luar bandar masih wujud dan wajar untuk sungguh-sungguh ditangani.


"Cabaran akibat tragedi itu, sepertimana cabaran yang kita sendiri hadapi akibat Covid-19, pastilah sedikit sebanyak mencorak arah tuju negara yang kita cintai ini.


"Perjuangan melawan pandemik telah membuktikan bahawa perpaduan dan kesatuan hati di kalangan rakyat Malaysia adalah sumber kekuatan yang luar biasa," katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia, hari ini.


Oleh itu, Menteri Besar Selangor itu menyeru agar rakyat berusaha bersama sama dalam pemulihan ekonomi negara pasca pandemik yang sedang rancak berlaku ketika ini.


"Kesatuan hati yang berjaya kita pupuk saat melawan pandemik boleh kita terjemahkan dalam pelbagai bidang kehidupan yang lain demi mencapai cita-cita seperti yang terkandung dalam objektif Rukun Negara, iaitu sebuah masyarakat Malaysia yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama," katanya lagi.


Sebelum itu, Amirudin mengingatkan rakyat akan kesukaran yang ditempuh negara dan pejuang kemerdekaan sejak perang melawan penjajah sehinggalah saat awal kemerdekaan yang tidak harus disia siakan oleh generasi hari ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER