top of page

Hari Kanser Sedunia: Tingkatkan pengetahuan kesihatan diri

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 4, 2021
  • 1 min read



Rakyat dinasihatkan mengutamakan kesedaran dan kesiapsiagaan diri terutamanya dalam hal berkaitan kesihatan.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seharusnya setiap warganegara perlu meningkatkan ilmu mengenai kesihatan diri dan kerap melakukan pemeriksaan perubatan.


"Pada Hari Kanser Sedunia hari ini, saya ingin menggesa semua untuk tingkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan diri terutamanya dalam hal berkaitan kesihatan.


"Pemeriksaan kesihatan berkala dan kebersihan diri sepatutnya menjadi disiplin baru kita dalam mencipta tingkat baru dalam kehidupan seharian.


"Zaman wabak hari ini benar-benar menginsafkan kita semua dan saya yakin kita mampu tangani dan tempuhinya secara bersama.


"Selamat Hari Kanser Sedunia 2021," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page