top of page

Hari hutan: Selangor komited tanam 545 ribu batang pokok



Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan Selangor negeri maju yang dipenuhi kehijauan.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022 di Kaki Bukit Broga Semenyih, semalam.


Menurut MB, Kerajaan Negeri menyokong program penghijauan Malaysia oleh Kerajaan Persekutuan dengan penanaman 100 juta pokok dalam 5 tahun dari 2021 hingga 2025.


"Pelancaran program itu dilakukan serentak pada 5 Januari (2021) termasuk di Selangor. Hingga September 2022 sebanyak 545,000 batang pokok telah ditanam di peringkat negeri Selangor.


"Selaras dengan usaha tersebut Kerajaan Negeri juga melaksanakan program kesedaran terhadap usaha menanam pokok dan cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok oleh semua pihak


"Usaha ini selari dengan komitmen Malaysia mengekalkan 50% keluasan negara litupi hutan sebagaimana dipersetujui sidang kemuncak di Rio Je Jeneiro, Brazil 1992.


"Kerajaan Negeri menyumbang ke arah itu dengan mengekalkan 30% keluasan negeri sebagai hutan simpan kekal," katanya.


Sehubungan itu, menurut MB, Kerajaan Negeri telah mewartakan banyak kawasan baharu untuk dijadikan hutan simpan dan hutan simpan kekal.


"Kerajaan Negeri mewartakan 581 hektar hutan tanah kerajaan sebagai hutan simpan kekal pada Ogos 2021. Sebahagiannya hutan simpan Bukit Broga. Sementara 400 hektar dijangka akan diselesaikan dalam tenmpoh terdekat," katanya.


Usaha kerajaan negeri itu, tegas MB, termasuk terus menjaga hutan simpan kekal sebagai aset tarikan pelancongan ke Selangor pada waktu ini


"Hutan Simpan Bukit Broga ada tarikan, ia sebagai lokasi pendakian dengan ketinggian 400 meter dari aras laut dan ada pandangan indah suasana hijau.


"Ia juga berhampiran Hutan Sungai Lalang dan bersempadanan dengan hutan Banjaran Titiwangsa," katanya.


Dalam pada itu, MB turut berpuas hati dengan usaha Majlis Perbandaran Kajang yang telah menjadikan kawasan Hutan Simpan Bukit Broga sebagai lokasi aktiviti pendakian awam dan lokasi penggambaran outdoor menarik dengan pemandangan di sudut tertentu seperti di New Zealand.


Turut hadir mencemar duli dalam majlis berkenaan adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang amat prihatin dengan penjagaan hutan di Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page