top of page

Hargai kemeriahan Syawal selepas 2 tahun pandemik



Hari raya pasca pandemik perlu diraikan dengan penuh kesederhanaan.


Bagi calon Naib Presiden KEADILAN, Farhash Wafa Salvador, umat Islam pada tahun ini dapat merayakan Aidilfitri dengan rasa kesyukuran kembali ke era sebelum Covid 19 dan bertemu sanak saudara.


"Negara (sebelum ini) dilanda pandemik Covid-19 sehingga kita terpaksa melupakan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dua tahun berturut-turut.


"Namun begitu, keadaan dan suasana tersebut berubah pada tahun ini apabila penularan wabak Covid-19 kian reda, umat Islam akhirnya dapat meraikannya seperti sedia kala.


"Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat-sahabat dan semua yang mengenali," katanya.


Beliau berharap anggota KEADILAN dan rakyat Malaysia berbahagia meraikan Aidilfitri di samping keluarga tercinta dan menggunakan ruang serta waktu yang ada sebaiknya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page