top of page

Harga tiket penerbangan KL - Sarawak melambung, macam mana hendak balik mengundi?



Kerajaan BN perlu bertindak untuk memastikan pengundi Sarawak yang bekerja di Semenanjung Malaysia boleh pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri, Disember ini.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, harga tikel penerbangan yang mahal antara Semenanjung dan Sarawak akan menyukarkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab mereka.


"Di Pasir Gudang, Johor terdapat ramai rakyat Sarawak. Kebanyakan mereka masih mengundi di Sarawak.


"PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember 2021. Tetapi harga tiket kapal terbang dari Semenanjung ke Sarawak naik mendadak terlalu tinggi hingga di luar kemampuan pengundi biasa Sarawak yang menjadi pekerja kilang di Pasir Gudang," katanya.


Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan wajar campurtangan dalam hal harga tiket berkenaan agar hak mengundi penduduk Sarawak yang berkerja di Semenanjung tidak dikesampingkan.


"Saya minta Menteri Pengangkutan campurtangan dan ambil tindakan tegas terhadap syarikat- syarikat penerbangan yang mengambil kesempatan memeras rakyat Sarawak yang ingin pulang melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi bagi memilih kerajaan baru Sarawak untuk lima tahun akan datang.


"Jika gejala buruk yang diamalkan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang jelas menyalahi Akta Percatutan kerana dengan sengaja secara tamak mengaut untung besar, maka ia membawa makna hanya orang kaya sahaja yang boleh pulang mengundi dalam PRN Sarawak pada bulan depan," katanya.


Katanya, mustahil Menteri Pengangkutan tidak mengetahui harga tiket yang tidak masuk akal untuk penerbangan dalam negeri itu melebihi daripada harga tiket penerbangan ke luar negara.


"Saya ingin jawapan dari Menteri Pengangkutan mengapakah berlaku pada hari ini harga tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak lebih mahal dari harga Kuala Lumpur ke Dubai?


"Adakah fenomena tidak adil ini sengaja dirangka supaya pengundi luar tidak boleh pulang mengundi di Sarawak?" tanyanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page