top of page

Harga minyak masak dalam botol dikekalkan - KPDN



Harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol dikekalkan, maklum Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


KPDN dalam satu kenyataan berkata, keputusan mengekalkan harga runcit maksimum itu bagi tempoh 8 November hingga 7 Disember depan dibuat bagi mengelakkan pengguna terkesan dengan sebarang bentuk kenaikan harga barangan tidak munasabah.


"Selain pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah, turut diteruskan adalah peranan kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.


"Harga yang ditetapkan adalah RM6.90 bagi satu kilogram (kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg)," kata kementerian itu pada Selasa.


Sementara itu melalui kenyataan sama, KPDN menegaskan mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan dikenakan penalti.


"KPDN akan meneruskan pemantauan di samping turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN, termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran," kata kementerian itu lagi.


Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000; portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; emel ke e-aduan@kpdn.gov.my; aplikasi Ez ADU KPDN atau bilik gerakan penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.


Untuk rekod, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page