top of page

Harga minyak masak botol kekal, bantu ringan kos sara hidup



Kerajaan Perpaduan bersetuju mengekalkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen dalam botol sebagai langkah membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan berkata, harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) berkuat kuasa hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Menurut KPDN, beberapa langkah proaktif telah diambil bagi membantu pengguna dari terkesan dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah melalui inisiatif Kerajaan MADANI.


"Antara inisiatif ini adalah mengekalkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol menerusi Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.13) 2023," kata kenyataan itu.


Tegas KPDN, pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, dan jika sabit kesalahan, individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000.



Harga minyak masak botol di pasaran

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page