top of page

Harga makanan naik menjelang Aidilfitri: Kaji keberkesanan TKPM


Kenaikan harga bahan mentah makanan seperti daging dan sayur-sayuran menjelang musim perayaan Aidilfitri membuktikan kelemahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menjamin keselamatan makanan negara (food security). Menurut Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung, kenaikan tersebut berlaku kerana tiadanya pelan tindakan menggunakan Dana Jaminan Makanan bernilai RM 1 billion yang diluluskan kerajaan sebelum ini. Kelemahan ini juga, jelas Lee, boleh menyebabkan berlakunya krisis bekalan makanan dan kenaikan harga berterusan bagi hasil tanaman pada masa hadapan. "Inilah satu kesan apabila kerajaaan PN gagal menjamin keselamatan makanan. Sepertimana peringatan saya pada bulan lepas, kehidupan rakyat akan jadi lebih susah akibat kenaikan harga bekalan makanan secara mendadak. "Kegagalan kerajaan dalam menangani masalah rantaian bekalan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini mengakibatkan petani mengambil tindakan mengurangkan hasil pertanian. "Kini, permintaan barangan basah masih sama ataupun meningkat menjelang musim perayaan. Selain itu, kerajaan Pahang telah meningkatkan kos sewa tanah pertanian di Cameron Highlands dengan kadar 500% pada Feb 2020 yang mengakibatkan kenaikan harga sayur-sayuran secara tidak langsung. "Keadaan bertambah buruk kerana kuasa beli rakyat turut merosot ekoran ramai yang menganggur, hilang pekerjaan ataupun gaji dipotong," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Lee mendesak kerajaan mengkaji semula keberkesanan 72 tapak Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dimiliki mereka. "Kerajaan perlu kaji keberkesanannya dan tamatkan kontrak sewa pengusaha yang tidak berdaya saing atau tidak mengusahakan tanah itu sendiri. Kontrak patut diberikan kepada petani-petani tulen bagi meningkatkan pengeluaran makanan. "Perdana Menteri yang mengetuai Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara sepatutnya menumpukan perhatian sepenuhnya menggubal dasar bagi menjamin keselamatan makanan, bukan sibuk berpolitik menjatuhkan kerajaan-kerajaan negeri dalam waktu ini," sinis Lee. Sepanjang dua minggu ini negara menyaksikan siri kenaikan harga daging dan sayur-sayuran. Di Kota Bahru, Harga ayam yang dahulunya RM3/kg sekarang naik sehingga RM7/kg . Di Kedah, harga sayur seperti cili, tomato, kacang buncis dan daun sup naik antara RM1 hingga RM3/kg. Kenaikan yang sama turut dikesan di Perak dan Selangor Kenaikan tersebut menyebabkan rakyat menempelak kerajaan pro-Melayu PN kerana gagal 'menyelamatkan poket' orang Melayu menjelang Hari Raya Aidilfitri.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page