top of page

Harga kekal, kerajaan beri subsidi minyak masak dalam botol

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 2, 2023
  • 2 min read


Kenaikan harga minyak sawit mentah di pasaran antarabangsa tidak akan mempengeruhi harga minyak masak dalam botol.


Hal itu dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan hari ini.


Menurut kenyataan itu, kerajaan menanggung kos kenaikan harga minyak sawit bagi memberi keselesaan kepada rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup pada waktu ini.


"Selain pelbagai inisiatif di bawah Payung RAHMAH, turut diteruskan adalah peranan Kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.7) 2023.


"Secara umumnya, terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah (crude palm oil) untuk bulan April berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000 per tan metrik. Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen dalam botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak.


"Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat dan pengguna, Kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol untuk tempoh 8 Mei 2023 hingga 7 Jun 2023 dan perbezaan harga di tanggung oleh Kerajaan," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, pengekalan harga runcit minyak masak sawit dalam botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.



KPDN juga memberi amaran kepada mana mana pihak yang menjual melebihi harga maksima. Kesalahan itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan bakal dikenakan penalti didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu.


Manakala bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000.


Sebarang laporan pengguna kepada KPDN boleh disalurkan melalui kepada Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000, Portal eaduan.kpdn.gov.my, Pusat Panggilan 1-800-886-800, Emel e-aduan@kpdn.gov.my,Ez ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page