top of page

Harga internet dijangka lebih murah, KKD lancar dasar baharu



Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (KKD) menjangkakan harga langganan internet bakal lebih murah menjelang September ini.


Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Bil7/2023 pada Isnin, beliau berkata ia susulan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang akan menyaksikan harga borong internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.


"Jadi InshaAllah menjelang bulan September, harga internet jadi lebih murah… kalau sebelum ini murah, tetapi kali ini (jadi) lebih murah," katanya dipetik.


Kerajaan pada Febuari lalu telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang bertujuan membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya dan warga tua. Pakej ini disertai dengan kontrak langganan selama 24 bulan dan berharga RM69 sebulan, menyediakan kelajuan internet sehingga 30Mbps dengan data tanpa had.


Sebelumnya pada 28 Febuari, kerajaan melancarkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih serendah RM30 untuk 6 bulan (180 hari) dengan kelajuan internet 3Mbps dengan kouta internet sebanyak 30GB.


Sementara itu Fahmi berkata, satu dasar baharu "di mana ada jalan, di situ ada internet" akan diperkenalkan bagi memastikan masyarakat mendapatkan akses internet dengan lebih meluas.


Dasar berkenaan, yang akan diusahakan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama pihak seperti syarikat telekomunikasi gergasi, akan dimulakan di kawasan jalan raya termasuk jalan utama.


"Kita semua mesti usaha segera, realitinya kita boleh bercakap, berkompang dan rasa bermegah dengan adanya 5G tetapi rakyat masih dambakan akses asas 4G di mana sahaja mereka berada," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page