top of page

Harga daging import naik: Khabar angin burukkan kerajaan



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan dakwaan berlaku kenaikan melampau membabitkan harga daging import di pasaran.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan setakat ini tiada kenaikan melibatkan barangan kawalan KPDN seperti telur, ayam bulat dan daging lembu dan kerbau import.

Barangan kawalan itu jelasnya masih dijual mengikut harga yang telah ditetapkan pihak kementerian.


"Harga daging lembu dan kerbau import masih terkawal iaitu RM18 hingga RM21 sekilogram (kg) mengikut gred daging berkenaan.


"Tentang daging lembu tempatan, harga itu sememangnya tidak kita kawal. Bermakna ada orang tempatan khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu mereka tidak membeli daging kotak sebaliknya memilih daging lembu tempatan," katanya.


Salahuddin turut menyatakan rasa bimbang khabar angin mengenai kenaikan harga melampau sumber protein itu dilihat sengaja dicetuskan pihak tertentu untuk menunjukkan kegagalan kerajaan.


"Saya takut ada khabar angin yang sentiasa ditiup kononnya kerajaan gagal mengawal harga barang asas dan ini tidak benar sama sekali," katanya dipetik.


Mengulas lanjut isu bekalan daging yang dijangka meningkat permintaannya menjelang musim perayaan kurang dua minggu lagi beliau berkata, daging lembu tempatan menunjukkan kestabilan harga iaitu RM37.96 per kg bermula Nov lepas hingga sekarang.

Malah kementerian jelasnya akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri, Rabu ini bagi memastikan harga barangan sentiasa terkawal.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page