top of page

Harga beras turun, bekalan cukup, Kerajaan Madani peka masalah rakyat



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Satu lagi usaha Kerajaan Madani yang peka terhadap keperluan rakyat ialah menurunkan harga beras serta menyediakan bekalan yang mencukupi terutama menjelang perayaan Aidilfitri.


Bagi yang masih mahu 'bersosek-sosek' berkaitan isu beras ini eloklah mencari info terlebih dahulu sebelum menyebarkan 'khabar angin' yang tidak tepat.


Terkini Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara atau NACCOL yang berlangsung baru-baru ini telah memuktamadkan beberapa ketetapan dalam menangani isu kekurangan beras di pasaran yang telah berlarutan sejak sekian lama.


Keputusan yang diambil itu adalah bertujuan meningkatkan akses rakyat kepada beras pada harga yang munasabah, selain memastikan bekalan di pasaran sentiasa terjamin.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam kenyataannya berhubung mesyuarat NACCOL itu berkata, antara keputusan yang diambil ialah:


Pertama, kerajaan bersetuju penurunan harga jualan runcit BPI (Beras Putih Import) di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa mulai Rabu, 20 Mac 2024.


Kurangkan kos hidup rakyat


Langkah ini diyakini ini dapat membantu mengurangkan kos sara hidup terutamanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang.


Kedua, bagi meningkatkan pengedaran BPT (Beras Putih Tempatan) di pasaran, kerajaan memutuskan semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.


Dalam hal ini, pihak kementerian akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara.


FAMA jual harga Madani


Ketiga, untuk meluaskan jaringan pengedaran BPT, aktiviti Jualan Agro Madani yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) diperluaskan lagi dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program.


Keempat, kerajaan turut bersetuju semua Kontrak Kerajaan selepas ini mengguna pakai sepenuhnya BPI.


Melalui kaedah itu bekalan tambahan BPT sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran pada April 2024 bagi kemudahan rakyat membelinya.


Mohamad Sabu seterusnya berkata, semua langkah berkenaan mencerminkan komitmen utuh kerajaan dalam usaha menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara.


Beliau yakin, semua langkah itu akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan bekalan BPT di pasaran.


Sudah pasti tindakan pantas Kerajaan Madani berkaitan isu beras ini dapat melegakan rakyat khasnya golongan sasar.

_____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page