top of page

Harga beras: Bukan hanya Malaysia, negara lain alami kenaikan



ULASAN: Kenaikan harga beras putih tempatan dan kekurangan stok dalam kalangan peniaga menimbulkan serangan bertali arus daripada pihak pembangkang PN kononnya Kerajaan Madani gagal.


Namun berbeza dengan kekurangan bekalan telur atau ayam pada waktu pemerintahan PN, kenaikan harga beras mempunyai asas amat kukuh dan tiada mana mana kerajaan di dunia ini mampu mengatasinya dengan mudah, apatah lagi kerajaan PN yang kononnya mampu 'mensejahterakan' rakyat jika memerintah sekali lagi.


Kenaikan harga beras di Thailand


Thailand antara pengeluar beras utama di dunia. Sekiranya Malaysia hanya mampu menampung pengeluaran beras dalam negeri sebanyak 65% daripada keperluan, Thailand adalah pengeksport beras.


Bagaimanapun apabila India menyekat eksport beras mereka pada tahun ini, Thailand terpaksa tunduk kepada kuasa pasaran apabila harga beras di negara itu dilaporkan naik sehingga 20% daripada 17,000 baht satu tan kepada 21,000 baht dalam masa seminggu.


Alasan India menghentikan eksport beras pula tidak terbantahkan kerana untuk memastikan bekalan beras dalam negara mereka stabil menjelang pilihanraya tahun hadapan. Selain itu kebimbangan hasil tuaian yang menurun akibat fenomena cuaca El Nino yang mengakibatkan kemarau di sesetengah kawasan memerlukan negara itu mempunyai stok simpanan beras secukupnya.


Kekurangan gandum dunia


Kenaikan harga beras bertambah parah apabila pada Ogos lalu Rusia menarik diri daripada Inisiatif Bijiran Laut Hitam yang sebelum ini membenarkan negara berperang Ukraine mengeksport keluar gandum melalui jalan laut.


Kekurangan tepung gandum mengakibatkan negara yang makanan rujinya tepung turut membeli beras di pasaran dunia sebagai penambah kaborhidrat dalam gizi makanan rakyat mereka.


Oleh itu beras dilaporkan menghadapi sekatan pembelian di Amerika Syarikat yang mana terdapat laporan pembelian panik berlaku di sana sehingga pasaraya mengenakan polisi satu keluarga satu kampit beras.


Malaysia yang sejak berdekad dekad lalu mengimport 35% beras daripada negara lain menghadapi kesan buruk akibat perebutan beras di pasaran antarabangsa.


Malaysia misalnya mengimport beras India dengan jumlah AS$ 201juta, diikuti Vietnam (AS$138juta), Pakistan (AS$127juta), Thailand (AS$ 66.3 juta) dan Kemboja (AS$ 29.1 juta) pada 2021.


Harga beras Malaysia masih termurah


Bagaimanapun Malaysia masih mengekalkan harga subsiddi RM2.60 sekilogram bagi beras super tempatan dan masih mengekalkan belian maksimum beras pada kadar 100kg per individu.


Sedangkan harga beras di negara pengeluar utama seperti Vietnam telah meningkat dalam masa 15 tahun. Harga di Indonesia pula pada Rp12,530 sekilo (RM3.82) manakala di Filipina diletakkan pada harga siling 41 pesos (RM3.38).


Beras turut meningkat harganya di Afrika yang jauh lebih miskin rakyatnya. Negara seperti Benin, Senegal, Togo, dan Mali yang bergantung kepada beras hancur untuk sumber makanan murah dijangka menghadapi masalah pada tahun ini.


Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya lebih bersabar dalam krisis beras ini. Kerajaan telah pun mengumumkan strategi peningkaan hasil padi di jelapang makanan Kedah. Namun usaha pengairan memerlukan beberapa tahun sebelum berhasil menanam padi 5 kali dalam 2 tahun.


Mungkin satu pihak yang perlu dipersalahkan adalah wawasan perindustrian era Tun Mahathir pada 1990an lalu yang memencilkan sektor pertanian dan mengalihkan pelaburan besar besaran kepada sektor industri.


Sekiranya pelaburan sama digunakan untuk meningkatkan pengeluran beras, tidak mustahil selepas 30 tahun Malaysia akan menjadi negara pengeksport beras kerana tanah yang subur dan ratusan ribu hektar tanah terbiar yang sesuai dibuat sawah padi di negara ini.







0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page